Sunday, 3 April 2016

Mengurus wang secara BIJAK! review 1_nota pengarang_pengenalan

Assalamualaikum semua, hmm.. bagaimana hari2 anda semua? menarik? boring?
meh sini kita dengar sedikit cerita dari saya. Kali ini sya ingin bercerita sedikit mengenai satu ilmu yang dimana ilmu ini sering diperlekehkan, sememangnya ilmu ini bukanlah ilmu yang paling terpenting, tetapi ilmu ini ada disetiap benda2 penting dalam hidup kita.nak tahu lebih lanjut?? jom teruskan membaca......

 ehem ehem...haa kenal x siapa tu?? Beliau merupakan ROBERT T. KIYOSAKI . kebanyakkan orang2 yang mempelajari ilmu kewangan akan sangat kagum dengan kehebatan beliau. Beliau telahpun berjaya menjadi penulis terkenal dengan buku yang bertajuk "RICH DAD POOR DAD".nak tahu lebih lanjut mengenai beliau? senang je..boleh try google sendiri yer,,haha.. sebab sekarang saya nak cakap pasal bende lain. 

     ....sambung kepada permulaan tadi, ilmu yang saya maksudkan itu adalah ilmu kewangan, ataupun bahasa londonnye dipanggil financial intelligence. Pada kali ini saya ingin membuat review berkaitan dengan salah satu buku yang dikarang beliau iatu bertajuk "INCREASE YOUR FINANCIAL IQ".

inilah cover buku tu..bagi yang kelapangan boleh la try baca ye,,amat2 digalakkan


Wang bukanlah punca kejahatan
    Disebut disini mengenai satu kegagalan besar dalam sistem pendidikan adalah kegagalan memberikan pendidikan kewangan kepada para pelajar. Malahan kerajaan ataupun masyarakat percaya kecintaan terhadap wang adalah akar bagi segala kejahatan. Tetapi sebenanya kekurangan wang yang akan menjadi punca kejahatan. Bekerja di tempat yang tidak disukai juga sama seperti melakukan kejahatan kepada diri sendiri. Bekerja keras, tetapi tidak cukup pendapatan juga menjadi satu kejahatan .
Sebenarnya wang tetap hanyalah sebagai wang.

NASIHAT YANG KETINGGALAN ZAMAN
     "kerja keras, simpan wang, keluar dari bebanan hutang, hidup di bawah paras kemampuan, dan melabur dalam dana portfolio pelaburan saham dana bersama(mutual fund) yang dipelbagaikan"

Peraturan wang telahpun berubah pada tahun 1971. mereka yang masih mengamalkan gaya kewangan ini akan menghadapi kesulitan di masa kini.


"...ada baiknya sekiranya rakyat tidak memahami sistem perbankkan dan kewangan negara, sekiranya mereka faham, saya percaya satu revolusi akan berlaku sebelum pagi esok..."
-HENRY FORD

     ADAKAH WANG MENJADIKAN KITA KAYA?
Jawapannya adalah tidak, wang sahaja tidak akan menjadikan kita kaya. Ramai orang percaya kita memerlukan lebih banyak wang bagi menambah wang. Hal ini tidak benar, bukanlah emas, saham-saham, hartanah, kerja keras, ataupun wang yang menjadikan kita kaya, sebaliknya apa yang kita ketahui(ilmu) mengenai semua ini(maklumat, ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, kepakaran) adalah penyebab sebenar kita menjadi kaya. Financial intelligence dan financial IQ ini lah yang menjadikan kita kaya.



PELAJARAN GOLF ATAUPUN KAYU GOLF? 
-seorang rakan saya yang taksub dengan sukan golf,beliau menghabiskan beribu-ribu USD setahun untuk membeli kayu golf dan setiap peralatan golf terbaru di pasaran. Masalahnya beliau tidak berbelanja satu sen pun ke arah cara belajar bermain golf. Oleh itu tahap permainan beliau sama sahaja walaupun beliau memiliki peralatan tercanggih pada masa itu. Sekiranya beliau melabur dalam kelas permainan golf, beliau mungkin boleh menjadi seorang pemain golf yang baik bukan?

.... ok cukup sekadar itu, saya akan terus mengulas buku ini sehinggalah habis,nantikan post2 yang akan datang ye..kalaw nak lagi piaww, boleh la try sendiri baca buku nie, ada yang dalam bahasa malaysia. Buku ni around RM30. Guna baucher buku pon boleh. 


No comments:

Post a Comment