Apakah itu Financial Intelligence?
di dalam bab 1 buku ini menceritakan tentang bagaimana pengalaman En. Robert dalam suasana hidupnya sewaktu bersama kedua-dua ayahnya iaitu Rich dad dan Poor dad. Suasana yang amat berbeza dari pelbagai segi. Beliau menunjukkan bagaimana permasalahan mengenai kewangan wujud dalam 2 jenis masyarakat yang berbeza.
masalah kewangan orang miskin:
- tidak cukup wang
- menggunakan hutang bagi menampung kekurangan wang
- kos sara hidup yang sentiasa meningkat
- membayar semakin banyak cukai apabila pendapatan bertambah
- takut akan keadaan kecemasan
- menerima nasihat kewangan yang salah
- tidak cukup wang untuk persaraan
- mempunyai terlalu banyak wang
- perlu menyimpan wang dengan selamat dan melabur
- tidak mengetahui sama ada orang menyukainya kerana wang atau sebaliknya
- membaya, k,/r semakin banyak cukai apabila pendapatan memerlukan penasihat kewangan yang lebih bijak
- membesarkan anak-anak yang manja
- perancangan harta dan pewarisan
- cukai kerajaan yang keterlaluan
"...Financial intelligence ataupun kepintaran kewangan dapat menyelesaikan masalah kewangan. Financial intelligence adalah sebahagian daripada seluruh kepintaranyang kita gunakan bagi menyelesaikan masalah kewangan..."
Menangani masalah kewangan menjadikan kita semakin pintar. Sekiranya kita menyelesaikan masalah kewangan, financial intelligence kita akan berkembang. Sekiranya kita tidak menyelesaikan masalah kewangan kita dan sentiasa mengelak untuk menyelesaikannya, kita akan jadi semakin miskin dan kemiskinan akan membesar dan menambah lagi banyak masalah kepada kita.
BAGAIMANA GOLONGAN-GOLONGAN INI MENYELESAIKAN MASALAH KEWANGAN MEREKA??
1.Orang miskin
Golongan miskin menganggap masalah kewangan ini sebagai satu masalah. Mereka merasakan diri mereka adalah mangsa wang. Mereka berfikir jika merek mempunyai banyak wang, pasti masalah mereka akan selesai. Mereka tidak tahu yang sebenarnya masalah mereka adalah sikap mereka terhadap wang. Oleh sebab mereka tidak dapat menyelesaikan masalah kewangan mereka itu, masalah kewangan mereka menjadi semakin besar. Mereka tidak menambah financial IQ mereka malahan sebaliknya menambahkan masalah kewangan mereka.2.Kelas menengah
Golongan yang terperangkap dalam penjara wang. Gologan ini menangani masalah kewangan dengan cara mereka berfikir supaya menjadi lebih bijak daripad masalah kewangan mereka. Golongan ini sanggup menghabiskan duit untuk belajar supaya mereka mendapat pekerjaan tetap. Ramai antara mereka berjaya membina tembok pertahanan mereka dan masalah kewangan mereka. Mereka membeli rumah, berulang alik ke tempat kerja, menyatakan pilihan yang selamat, menaiki tangga korporat, dan menyimpan untuk persaraan. Mereka yakin dengan hanya pendidikan akedemik dan professional sudah mampu untuk melindungi mereka daripada dunia wang yangkejam dan zalim.
Ketika usia mereka mencecah 50 pula, mereka mendapati mereka terperangkap dalam pejabat mereka. Ramai antara mereka adalah pekerja yang disayangi dan dihargai.Mereka amat berpengalaman. Namun di sudut hati mereka, mereka masih lagi mahu menyorok dalam pejabat mereka,berharap yang mereka masih dapat bekerja hingga 15 tahun lagi. Apabila usia mencecah 65 tahun, mereka bersara dan bermulalah perjalanan hidup mereka dengan sumber hidup dan bajet yang terhad.3.Golongan kaya
Apabila golongan kaya mempunya masalah kewangan,mereka menggunakan financial intelligence yang dibina hasil daripada pengalamn mereka yang bertahun-tahun bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka dengan menggunakan 5 teras utama financial intelligence(akan diterangkan pada bab seterusnya). Sekiranya golongan ini mempunyai masalah kewangan, mereka tidak melarikan diri,malahan mereka menerima masalah kewangan itu sebagai satu peluang untuk menambahkan financial intelligence mereka.
*untuk merasai contoh-contoh yag sebenar, saya recommand anda semua beli sendiri ataupun pinjmlah rakan-rakan yang mempunyai buku ini,, amat-amatlah berguna ilmu ini jika dapat dipelajari ye.. hehehe
teruskan membaca okay,, bab seterusnya akan membincangkan apa itu 5 konsep financial intelligence!! nantikan okay,,, assalam...









