Showing posts with label kewangan. Show all posts
Showing posts with label kewangan. Show all posts

Thursday, 7 April 2016

Mengurus Kewangan Secara Bijak - bab 1

Apakah itu Financial Intelligence?

di dalam bab 1 buku ini menceritakan tentang bagaimana pengalaman En. Robert dalam suasana hidupnya sewaktu bersama kedua-dua ayahnya iaitu Rich dad dan Poor dad. Suasana yang amat berbeza dari pelbagai segi. Beliau menunjukkan bagaimana permasalahan mengenai kewangan wujud dalam 2 jenis masyarakat yang berbeza.

masalah kewangan orang miskin:
  1. tidak cukup wang
  2. menggunakan hutang bagi menampung kekurangan wang
  3. kos sara hidup yang sentiasa meningkat
  4. membayar semakin banyak cukai apabila pendapatan bertambah
  5. takut akan keadaan kecemasan
  6. menerima nasihat kewangan yang salah
  7. tidak cukup wang untuk persaraan
masalah kewangan orang kaya:
  1. mempunyai terlalu banyak wang
  2. perlu menyimpan wang dengan selamat dan melabur
  3. tidak mengetahui sama ada orang menyukainya kerana wang atau sebaliknya
  4. membaya,  k,/r semakin banyak cukai apabila pendapatan memerlukan penasihat kewangan yang lebih bijak
  5. membesarkan anak-anak yang manja
  6. perancangan harta dan pewarisan
  7. cukai kerajaan yang keterlaluan

"...Financial intelligence ataupun kepintaran kewangan dapat menyelesaikan masalah kewangan. Financial intelligence adalah sebahagian daripada seluruh kepintaranyang kita gunakan bagi menyelesaikan masalah kewangan..."

 Menangani masalah kewangan menjadikan kita semakin pintar. Sekiranya kita menyelesaikan masalah kewangan, financial intelligence kita akan berkembang. Sekiranya kita tidak menyelesaikan masalah kewangan kita dan sentiasa mengelak untuk menyelesaikannya, kita akan jadi semakin miskin dan kemiskinan akan membesar dan menambah lagi banyak masalah kepada kita.

BAGAIMANA GOLONGAN-GOLONGAN INI MENYELESAIKAN MASALAH KEWANGAN MEREKA??

1.Orang miskin
Golongan miskin menganggap masalah kewangan ini sebagai satu masalah. Mereka merasakan diri mereka adalah mangsa wang. Mereka berfikir jika merek mempunyai banyak wang, pasti masalah mereka akan selesai. Mereka tidak tahu yang sebenarnya masalah mereka adalah sikap mereka terhadap wang. Oleh sebab mereka tidak dapat menyelesaikan masalah kewangan mereka itu, masalah kewangan mereka menjadi semakin besar. Mereka tidak menambah financial IQ mereka malahan sebaliknya menambahkan masalah kewangan mereka. 
2.Kelas menengah
Golongan yang terperangkap dalam penjara wang. Gologan ini menangani masalah kewangan dengan cara mereka berfikir supaya menjadi lebih bijak daripad masalah kewangan mereka. Golongan ini sanggup menghabiskan duit untuk belajar supaya mereka mendapat pekerjaan tetap. Ramai antara mereka berjaya membina tembok pertahanan mereka dan masalah kewangan mereka. Mereka membeli rumah, berulang alik ke tempat kerja, menyatakan pilihan yang selamat, menaiki tangga korporat, dan menyimpan untuk persaraan. Mereka yakin dengan hanya pendidikan akedemik dan professional sudah mampu untuk melindungi mereka daripada dunia wang yangkejam dan zalim. 

Ketika usia mereka mencecah 50 pula, mereka mendapati mereka terperangkap dalam pejabat mereka. Ramai antara mereka adalah pekerja yang disayangi dan dihargai.Mereka amat berpengalaman. Namun di sudut hati mereka, mereka masih lagi mahu menyorok dalam pejabat mereka,berharap yang mereka masih dapat bekerja hingga 15 tahun lagi. Apabila usia mencecah 65 tahun, mereka bersara dan bermulalah perjalanan hidup mereka dengan sumber hidup dan bajet yang terhad.
3.Golongan kaya
Apabila golongan kaya mempunya masalah kewangan,mereka menggunakan financial intelligence yang dibina hasil daripada pengalamn mereka yang bertahun-tahun bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka dengan menggunakan 5 teras utama financial intelligence(akan diterangkan pada bab seterusnya). Sekiranya golongan ini mempunyai masalah kewangan, mereka tidak melarikan diri,malahan mereka menerima masalah kewangan itu sebagai satu peluang untuk menambahkan financial intelligence mereka.


*untuk merasai contoh-contoh yag sebenar, saya recommand anda semua beli sendiri ataupun pinjmlah rakan-rakan yang mempunyai buku ini,, amat-amatlah berguna ilmu ini jika dapat dipelajari ye.. hehehe
teruskan membaca okay,, bab seterusnya akan membincangkan apa itu 5 konsep financial intelligence!! nantikan okay,,, assalam...

Sunday, 3 April 2016

Mengurus wang secara BIJAK! review 1_nota pengarang_pengenalan

Assalamualaikum semua, hmm.. bagaimana hari2 anda semua? menarik? boring?
meh sini kita dengar sedikit cerita dari saya. Kali ini sya ingin bercerita sedikit mengenai satu ilmu yang dimana ilmu ini sering diperlekehkan, sememangnya ilmu ini bukanlah ilmu yang paling terpenting, tetapi ilmu ini ada disetiap benda2 penting dalam hidup kita.nak tahu lebih lanjut?? jom teruskan membaca......

 ehem ehem...haa kenal x siapa tu?? Beliau merupakan ROBERT T. KIYOSAKI . kebanyakkan orang2 yang mempelajari ilmu kewangan akan sangat kagum dengan kehebatan beliau. Beliau telahpun berjaya menjadi penulis terkenal dengan buku yang bertajuk "RICH DAD POOR DAD".nak tahu lebih lanjut mengenai beliau? senang je..boleh try google sendiri yer,,haha.. sebab sekarang saya nak cakap pasal bende lain. 

     ....sambung kepada permulaan tadi, ilmu yang saya maksudkan itu adalah ilmu kewangan, ataupun bahasa londonnye dipanggil financial intelligence. Pada kali ini saya ingin membuat review berkaitan dengan salah satu buku yang dikarang beliau iatu bertajuk "INCREASE YOUR FINANCIAL IQ".

inilah cover buku tu..bagi yang kelapangan boleh la try baca ye,,amat2 digalakkan


Wang bukanlah punca kejahatan
    Disebut disini mengenai satu kegagalan besar dalam sistem pendidikan adalah kegagalan memberikan pendidikan kewangan kepada para pelajar. Malahan kerajaan ataupun masyarakat percaya kecintaan terhadap wang adalah akar bagi segala kejahatan. Tetapi sebenanya kekurangan wang yang akan menjadi punca kejahatan. Bekerja di tempat yang tidak disukai juga sama seperti melakukan kejahatan kepada diri sendiri. Bekerja keras, tetapi tidak cukup pendapatan juga menjadi satu kejahatan .
Sebenarnya wang tetap hanyalah sebagai wang.

NASIHAT YANG KETINGGALAN ZAMAN
     "kerja keras, simpan wang, keluar dari bebanan hutang, hidup di bawah paras kemampuan, dan melabur dalam dana portfolio pelaburan saham dana bersama(mutual fund) yang dipelbagaikan"

Peraturan wang telahpun berubah pada tahun 1971. mereka yang masih mengamalkan gaya kewangan ini akan menghadapi kesulitan di masa kini.


"...ada baiknya sekiranya rakyat tidak memahami sistem perbankkan dan kewangan negara, sekiranya mereka faham, saya percaya satu revolusi akan berlaku sebelum pagi esok..."
-HENRY FORD

     ADAKAH WANG MENJADIKAN KITA KAYA?
Jawapannya adalah tidak, wang sahaja tidak akan menjadikan kita kaya. Ramai orang percaya kita memerlukan lebih banyak wang bagi menambah wang. Hal ini tidak benar, bukanlah emas, saham-saham, hartanah, kerja keras, ataupun wang yang menjadikan kita kaya, sebaliknya apa yang kita ketahui(ilmu) mengenai semua ini(maklumat, ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, kepakaran) adalah penyebab sebenar kita menjadi kaya. Financial intelligence dan financial IQ ini lah yang menjadikan kita kaya.



PELAJARAN GOLF ATAUPUN KAYU GOLF? 
-seorang rakan saya yang taksub dengan sukan golf,beliau menghabiskan beribu-ribu USD setahun untuk membeli kayu golf dan setiap peralatan golf terbaru di pasaran. Masalahnya beliau tidak berbelanja satu sen pun ke arah cara belajar bermain golf. Oleh itu tahap permainan beliau sama sahaja walaupun beliau memiliki peralatan tercanggih pada masa itu. Sekiranya beliau melabur dalam kelas permainan golf, beliau mungkin boleh menjadi seorang pemain golf yang baik bukan?

.... ok cukup sekadar itu, saya akan terus mengulas buku ini sehinggalah habis,nantikan post2 yang akan datang ye..kalaw nak lagi piaww, boleh la try sendiri baca buku nie, ada yang dalam bahasa malaysia. Buku ni around RM30. Guna baucher buku pon boleh.