Tuesday, 5 April 2016

Nikmat Bersyukur :) bismillah...*ceramah sentap


Bismillahhirrahmanirrahim.
Pembaca blog sekelian, sudahkah anda mengucapkan rasa syukur diri ini kepada Sang Pencipta?
DIA memberi kita segala macam nikmat yang kadang kala kita lupa akan pemberian-NYA. Marilah kita berfikir sejenak, mengenangkan kembali apa yang kita mahupun orang lain telah lalui....


Ramai orang menyimpulkan bahawa "ketenangan" itu sentiasa berkaitan dengan harta, duit, kemewahan...dan segala sumber kekayaan akan menyumbang kepada ketenangan, tetapi sebenarnya sumber kekayaan tersebut bukanlah segalanya...
"berfikir sejenak mengenai ada seseorang insan, yang dimana mempunyai rumah yang besar, rumah yang luas, katil yang empuk, suasana yang sejuk dan selesa...tapi....tidurnya tidaklah bergitu lena...bahkan ada insan yang tidur di pondok yang  hanya berlantaikan tanah berbumbungkan langit, masih lagi boleh mampu tidur lena..dan lenanya lebih berbanding si insan yang mempunyai rumah besar tadi..."
Tidakkah otak kita terfikir mengapa boleh jadi sedemikian? si insan yang berumah besar tadi,mengapa tidak lena akan tidurnya? mengapa si insan yang tidur di pondok tadi lena akan tidurnya?  ...kata Hamka, "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat kepada hamba-hambanya.."..
    "Jika dia diberikan kebahagiaan oleh ALLAH, maka ia tidak boleh dihalang oleh apa-apa tangan sekalipun, .... Jika ALLAH menghalang kebahagiaan kepada seseorang , maka ia tidak dapat dihulur oleh mana-mana tangan sekalipun"
Kesemua ini adalah ketentuan ALLAH, jika DIA mengaturkan kita tentang suatu perkara yang apa yang orang lain sangka tewas, kita akan melihat kemenangan di sisi-NYA. Apa yang orang lain rasa rugi, ALLAH memberikan keuntungan yang dari mana jalan-jalan yang manusia sendiri tidak sangka, dimana ALLAH mewujudkan keajaiban dalam kehidupan ini.


"manusia ini cepat mengeluh akan tiap kali ditimpa musibah, kadang-kadang manusia ini apabila kehilangan sesuatu dalam hidupnya...dia merasakan macam hilang segalanya. Cuba kita ingat kembali, suatu saat dahulu kita dalam keperitan, dalam kesusahan,..kita merasakan diri kita amat tidak tahan dan tidak mampu keluar daripada masalah itu,.....tetapi lihatlah sekarang,masih lagi bernyawa...masih lagi dalam keadaan yang baik..ketika kita ditimpa musibah tertentu, usia kita masih lagi berjalan, kita masih hidup dan menikmati kurniaan kehidupan ini.................dan kadang-kadang kita terlupa akan untuk bersyukur...di atas segala ranjau hidup yang ALLAH sudah keluarkan kita daripadanya."
iman ini bertambah bila ditimpa masalah,,,"cukuplah bagi kami ini LLAH, DIA lah sebaik-baik tempat untuk diserah segala urusan".."hasbunallah,wanikmalwakir"....




 Pengalaman sering mematangkan kita, bagi sesiapa yang tidak melaluinya, ia tidak akan dapat memahaminya......orang-orang yang pernah hidup dengan bertawakal,dia akan merasai dan mengetahui keajaiban tawakal.....bila dimana hati seorang hamba itu sebulat menyuarakan hajatnya kepada Ya Rabbi,, ya ALLAH, aku serahkan segala urusan ini kepamu ya ALLAH..
Bersyukurlah wahai diri ini....syukur ini kadang-kadang boleh menjadi lebih tinggi makamnya daripada sabar...ramai yang mampu bersabar, tapi belum tentu mampu untuk bersyukur akan nikmat.

 "Ya ALLAH, apa sahaja yang aku alami daripada nikmatmu daripada kurniana daripada sesiapa di kalangan hambamu, tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai tuhan, bagiku engkaulah pujian, bagiku engkaulah kesyukuran"


-ceramah nikmat syukur.. Ustaz Asri,,
kepada pembaca blog, luangkanlah sedikit masa bagi menonton ceramah tersebut, insyaaalh dapat membuka hati kita yang selama ini mungkin terleka akan kenikmatan dunia..semoga ALLAH membuka pintu hidayah buat kita...
https://www.youtube.com/watch?v=xJUiL1YOLgk

No comments:

Post a Comment