assalamualaikum dan salam sejahtera,
kalaw nak dimulakan cerita nie,,fuhh sush bhai nak ingat balik kenangan kenangan lama nie..tapi yang mane ingat je la yee..
Saya merupakan anak pertama daripada 5 orang adik beradik. Saya menetap di sebuah pekan kecil di Johor,,tetapi meneruskan pembelajaran jaoh dr rumah(tpi still area johor laaa...). Pendekkan cerita, saya menyambung pengajian skolah menengah saya di SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI ataupun dikenali sebagai SAKTI. Mula-mula masok sekolah asrama ni nebes la jugak,, sampai mintak nak balik rumah !!! tapi lama kelamaan rutin hidup sebagai seorang pelajar asrama nie dpat disesuaikan, Orang cakap time nie la bgos untuk timba pengalaman untuk berdiri di atas kaki sendiri, tidak terlalu bergantung pada kedua ibu bapa sahaja... time nie la jugak nak mencari ramai kawan,, sebab kalaw xde kawan..sunyi la dok asrama.. kawan2 la jugak sebagai pemberi semangat di saat saat kita memerlukan sokongan.
Buat adik2 di luar sana yang tidak tahu mngenai corak hidup asrama,, nie abang nak cerita sikit ni,,
- Bile masok asrama kenelah hilangkan sikap sombong tu,, belajar lah hidup dengan keadaan saling membantu antara satu sama lain. hari ini kawan kita ada masalah kita tolong dia,, esok lusa kita ade masalah, kawan kita tolong kita balik. Haaaa,,macam tu lah semangat yang kita mahukan, belajar mempraktikkan semangat kerjasama di usia kecil lagi.
- Kalaw masok sekolah asrama , mesti ade seniority kan?? cer cite sekolah asrama mana je xde seniority??? Kebanyakkan pelajar yang baru masok akan culture shock dengan seniority nie.. same la abang dulu pon... sampai nangis2 nak balik rumah..HEHEEHEHE.... Tetapi bende ini lah yang menjadi kelainan drpd sekolah harian biasa. Sebenarnya apa yang perlu adik2 buat adalah belajar untuk menghormati orang yang lebih tua.. ataupun orang yang lebih berpengalaman drpd kita nie,, bahasa LONDON nye orang kate hormatilah orang yang lebih makan garam drpd kita.Yelah kan,,xkan lah baru baru je masok sekolah,kita dah buat sekolah tu mcm bapak kita punye,,haa tu yang skali bapak sekolah tu datang carik kita..baru kite tgok rupe rupenye sekolah tu bukan bapak kita punye.....
- ha!! antara perkara paling penting.. adik adik knelah tahu menjaga barang peribadi. Klaw x,, jawabnye bukan barang peribadi lagi dah,,ia bertukar menjadi barang awam,, Ha kalaw nama pun dah barang awam,,so memang semua orang boleh pakai laaa.. so untuk langkah berjaga2 knelah pandai menjaga harta benda sendiri agar tidak diambil oleh orang lain ataupun ditukar hak milik peribadi ke hak milik amam.
- Memasuki alam remaja nie(sekolah menengah) perlulah sentiasa berjaga2.. kene lah pandai memilih kawan agar tidak terpesong daripada tujuan sebenar, kita boleh berkawan dengan semua orang tetapi mestilah pandai membezakan baik ataw buruk. Kalaw dah terang terangan perkara yang dilakukan itu tidak betul,maka jangan lah diikut ,,lagi bgus kalaw kita cuba nasihat kawan kita tu..
- HOMESICK?? RINDU MAK AYAH??Haaaaa... kat sini lah peranan rakan2, cuba atasi masalah ini dengan bergaul dengan lebih ramai kawan2,,selain itu cuba sibukkan diri dengan pelbagai kerja sepeti menyertai sukan kee... so xlah rindu sgt rumah tu,,
cukuplah 5 bende penting tu,,kalaw nk bagitahu semua penat lah tgn ni nak taip.. so, buat adik2 yang akan menjalani kehidupan asrama tu,, mula lah persiapkan diri ye.. ALL THE BEST!!


No comments:
Post a Comment