Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Tuesday, 5 April 2016

Nikmat Bersyukur :) bismillah...*ceramah sentap


Bismillahhirrahmanirrahim.
Pembaca blog sekelian, sudahkah anda mengucapkan rasa syukur diri ini kepada Sang Pencipta?
DIA memberi kita segala macam nikmat yang kadang kala kita lupa akan pemberian-NYA. Marilah kita berfikir sejenak, mengenangkan kembali apa yang kita mahupun orang lain telah lalui....


Ramai orang menyimpulkan bahawa "ketenangan" itu sentiasa berkaitan dengan harta, duit, kemewahan...dan segala sumber kekayaan akan menyumbang kepada ketenangan, tetapi sebenarnya sumber kekayaan tersebut bukanlah segalanya...
"berfikir sejenak mengenai ada seseorang insan, yang dimana mempunyai rumah yang besar, rumah yang luas, katil yang empuk, suasana yang sejuk dan selesa...tapi....tidurnya tidaklah bergitu lena...bahkan ada insan yang tidur di pondok yang  hanya berlantaikan tanah berbumbungkan langit, masih lagi boleh mampu tidur lena..dan lenanya lebih berbanding si insan yang mempunyai rumah besar tadi..."
Tidakkah otak kita terfikir mengapa boleh jadi sedemikian? si insan yang berumah besar tadi,mengapa tidak lena akan tidurnya? mengapa si insan yang tidur di pondok tadi lena akan tidurnya?  ...kata Hamka, "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat kepada hamba-hambanya.."..
    "Jika dia diberikan kebahagiaan oleh ALLAH, maka ia tidak boleh dihalang oleh apa-apa tangan sekalipun, .... Jika ALLAH menghalang kebahagiaan kepada seseorang , maka ia tidak dapat dihulur oleh mana-mana tangan sekalipun"
Kesemua ini adalah ketentuan ALLAH, jika DIA mengaturkan kita tentang suatu perkara yang apa yang orang lain sangka tewas, kita akan melihat kemenangan di sisi-NYA. Apa yang orang lain rasa rugi, ALLAH memberikan keuntungan yang dari mana jalan-jalan yang manusia sendiri tidak sangka, dimana ALLAH mewujudkan keajaiban dalam kehidupan ini.


"manusia ini cepat mengeluh akan tiap kali ditimpa musibah, kadang-kadang manusia ini apabila kehilangan sesuatu dalam hidupnya...dia merasakan macam hilang segalanya. Cuba kita ingat kembali, suatu saat dahulu kita dalam keperitan, dalam kesusahan,..kita merasakan diri kita amat tidak tahan dan tidak mampu keluar daripada masalah itu,.....tetapi lihatlah sekarang,masih lagi bernyawa...masih lagi dalam keadaan yang baik..ketika kita ditimpa musibah tertentu, usia kita masih lagi berjalan, kita masih hidup dan menikmati kurniaan kehidupan ini.................dan kadang-kadang kita terlupa akan untuk bersyukur...di atas segala ranjau hidup yang ALLAH sudah keluarkan kita daripadanya."
iman ini bertambah bila ditimpa masalah,,,"cukuplah bagi kami ini LLAH, DIA lah sebaik-baik tempat untuk diserah segala urusan".."hasbunallah,wanikmalwakir"....




 Pengalaman sering mematangkan kita, bagi sesiapa yang tidak melaluinya, ia tidak akan dapat memahaminya......orang-orang yang pernah hidup dengan bertawakal,dia akan merasai dan mengetahui keajaiban tawakal.....bila dimana hati seorang hamba itu sebulat menyuarakan hajatnya kepada Ya Rabbi,, ya ALLAH, aku serahkan segala urusan ini kepamu ya ALLAH..
Bersyukurlah wahai diri ini....syukur ini kadang-kadang boleh menjadi lebih tinggi makamnya daripada sabar...ramai yang mampu bersabar, tapi belum tentu mampu untuk bersyukur akan nikmat.

 "Ya ALLAH, apa sahaja yang aku alami daripada nikmatmu daripada kurniana daripada sesiapa di kalangan hambamu, tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai tuhan, bagiku engkaulah pujian, bagiku engkaulah kesyukuran"


-ceramah nikmat syukur.. Ustaz Asri,,
kepada pembaca blog, luangkanlah sedikit masa bagi menonton ceramah tersebut, insyaaalh dapat membuka hati kita yang selama ini mungkin terleka akan kenikmatan dunia..semoga ALLAH membuka pintu hidayah buat kita...
https://www.youtube.com/watch?v=xJUiL1YOLgk

Friday, 1 April 2016

Sekolah asrama?? jom persiapkan diri kita...

assalamualaikum dan salam sejahtera,
kalaw nak dimulakan cerita nie,,fuhh sush bhai nak ingat balik kenangan kenangan lama nie..tapi yang mane ingat je la yee..

Saya merupakan anak pertama daripada 5 orang adik beradik. Saya menetap di sebuah pekan kecil di Johor,,tetapi meneruskan pembelajaran jaoh dr rumah(tpi still area johor laaa...). Pendekkan cerita, saya menyambung pengajian skolah menengah saya di SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI ataupun dikenali sebagai SAKTI. Mula-mula masok sekolah asrama ni nebes la jugak,, sampai mintak nak balik rumah !!! tapi lama kelamaan rutin hidup sebagai seorang pelajar asrama nie dpat disesuaikan, Orang cakap time nie la bgos untuk timba pengalaman untuk berdiri di atas kaki sendiri, tidak terlalu bergantung pada kedua ibu bapa sahaja... time nie la jugak nak mencari ramai kawan,, sebab kalaw xde kawan..sunyi la dok asrama.. kawan2 la jugak sebagai pemberi semangat di saat saat kita memerlukan sokongan. 

      Buat adik2 di luar sana yang tidak tahu mngenai corak hidup asrama,, nie abang nak cerita sikit ni,, 


  1. Bile masok asrama kenelah hilangkan sikap sombong tu,, belajar lah hidup dengan keadaan saling membantu antara satu sama lain. hari ini kawan kita ada masalah kita tolong dia,, esok lusa kita ade masalah, kawan kita tolong kita balik. Haaaa,,macam tu lah semangat yang kita mahukan, belajar mempraktikkan semangat kerjasama di usia kecil lagi. 
  2. Kalaw masok sekolah asrama , mesti ade seniority kan?? cer cite sekolah asrama mana je xde seniority??? Kebanyakkan pelajar yang baru masok akan culture shock dengan seniority nie.. same la abang dulu pon... sampai nangis2 nak balik rumah..HEHEEHEHE.... Tetapi bende ini lah yang menjadi kelainan drpd sekolah harian biasa. Sebenarnya apa yang perlu adik2 buat adalah belajar untuk menghormati orang yang lebih tua.. ataupun orang yang lebih berpengalaman drpd kita nie,, bahasa LONDON nye orang kate hormatilah orang yang lebih makan garam drpd kita.Yelah kan,,xkan lah baru baru je masok sekolah,kita dah buat sekolah tu mcm bapak kita punye,,haa tu yang skali bapak sekolah tu datang carik kita..baru kite tgok rupe rupenye sekolah tu bukan bapak kita punye.....
  3. ha!! antara perkara paling penting.. adik adik knelah tahu menjaga barang peribadi. Klaw x,, jawabnye bukan barang peribadi lagi dah,,ia bertukar menjadi barang awam,, Ha kalaw nama pun dah barang awam,,so memang semua orang boleh pakai laaa.. so untuk langkah berjaga2 knelah pandai menjaga harta benda sendiri agar tidak diambil oleh orang lain ataupun ditukar hak milik peribadi ke hak milik amam.
  4. Memasuki alam remaja nie(sekolah menengah) perlulah sentiasa berjaga2.. kene lah pandai memilih kawan agar tidak terpesong daripada tujuan sebenar, kita boleh berkawan dengan semua orang tetapi mestilah pandai membezakan baik ataw buruk. Kalaw dah terang terangan perkara yang dilakukan itu tidak betul,maka jangan lah diikut ,,lagi bgus kalaw kita cuba nasihat kawan kita tu..
  5. HOMESICK?? RINDU MAK AYAH??Haaaaa... kat sini lah peranan rakan2, cuba atasi masalah ini dengan bergaul dengan lebih ramai kawan2,,selain itu cuba sibukkan diri dengan pelbagai kerja sepeti menyertai sukan kee... so xlah rindu sgt rumah tu,,
cukuplah 5 bende penting tu,,kalaw nk bagitahu semua penat lah tgn ni nak taip.. so, buat adik2 yang akan menjalani kehidupan asrama tu,, mula lah persiapkan diri ye.. ALL THE BEST!!


Thursday, 31 March 2016

im starting pEEPs!!

assalamualaikum,, hari ini 10.45 pagi waktu malaysia, saya sedang berusaha untuk membina satu blog tentang diri saya sendiri,, ha ha ha ha....
suka hati la nak cakap ape kan,, nak test gak,, orang kate best buat blog nie,, sya just nak sharing2 my oppinion tentang kehidupan seharian kita nie..

ooppsss..lupe lak,, hari ni 1 april 2016.. hari jumaat, penghulu segala hari,
ok xnak tulis panjang2 sebab nie testing jeerr,,